+447441913731
    • English
    • Русский
    • 中文 (中国)
    • Bahasa Melayu
    • Tiếng Việt
    • ไทย
    • Português
    • Español
    • ភាសាខ្មែរ
    • 日本語
  • Soalan Lazim

    Siapakah quartercore?

    Quartercore adalah cara mudah dan selamat untuk membeli hashpower tanpa perlu berurusan dengan persediaan perkakasan dan perisian yang kompleks. Kami adalah sepasukan pakar perlombongan (mining) dan perdagangan dengan pengetahuan menyeluruh dalam sektor mata wang digital. QuarterCore mengkhususkan aktiviti terhadap pembinaan rig perlombongan yang paling efisien dan boleh dipercayai yang boleh disewa. Tambahan pula, kami mempunyai pakar yang boleh menyejukkan dan menyelenggara pusat data dan pasukan perdagangan profesional dari Eropah!

    Bagaimana ia berfungsi?

    Ia sangat mudah dan pantas! Sebaik sahaja kami menerima bayaran anda, kontrak anda akan diaktifkan. Kesemua tugasan akan dilakukan bagi pihak anda, jadi anda tidak perlu risau akan apa-apa! Kami akan melakukan sama ada melombong Bitcoin sepenuhnya atau mengagihkan hashpower anda ke atas koin lain (Ethereum atau Litecoin). Pada penghujung hari, anda akan memperoleh bayaran balik anda yang pertama dalam tempoh 24 jam dan selepas itu, setiap hari yang berikutnya. Oleh itu, ia boleh mengambil masa sehingga 48 jam untuk mendapatkan bayaran balik pertama anda (tempoh melombong selama 24 jam + tambahan sehingga 24 jam lagi untuk bayaran balik). Setelah itu, ia hanya akan mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk setiap bayaran. Namun, harap maklum bahawa situasi ini boleh berubah-ubah setiap hari. Sila lihat bahagian “Bilakah saya mendapat bayaran balik saya?” untuk maklumat lanjut.

    Jika ia menguntungkan, mengapa anda tidak berdagang sendiri?

    Selain daripada hakikat bahawa kami sendiri melombong dan berdagang dengan perkakasan yang sama yang kami tawarkan kepada klien kami, modal kami amat terhad. Inilah sebabnya kami menawarkan minat yang mendalam untuk meningkatkan jumlah modal supaya keuntungan dalam pasaran yang lebih besar boleh dicapai!

    Di manakah lokasi ladang perlombongan dan pejabat perdagangan anda?

    Atas alasan keselamatan, kami tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar ladang dan pejabat perlombongan kami. Setakat September 2017, kami mengendalikan tiga ladang yang terletak di Eropah dan Asia.

    Apakah jenis koin yang kami lombong?

    Kami bukan sahaja melombong koin namun memperdagangkan mereka di dalam pasaran saham juga! Biasanya, kami melombong 3 jenis koin teratas dan membawa mereka ke dalam perkhidmatan dagangan kami yang mendatangkan keuntungan yang lebih hebat dan lebih stabil.

    Kolam perlombongan manakah yang anda gunakan?

    Kami tidak menyiarkan senarai kolam yang kami gunakan. Kriteria utama kami untuk kolam yang bagus adalah: kebolehpercayaan, struktur yuran dan kadar tolakan. Tidak lama lagi, kami akan melombong sendiri beberapa koin (dan berkongsi penjimatan yuran dengan pengguna kami!) Dasar dalaman kami ialah:’jadi warga kripto yang baik’. Ini bermaksud, bahawa kami akan sekurang-kurangnya menggunakan dua kolam yang berbeza (kadang kala kami gunakan sehingga empat) bagi setiap koin. Ini supaya kami dapat memelihara sifat tidak terpusat rangkaian kripto! Jika kami menyedari bahawa kolam tersebut menghampiri 50% syer, kami akan menjauhkan diri daripadanya dan menggunakan sandaran sebagai ganti

    Bagaimana saya boleh membayar?

    Buat masa ini, kami menerima kaedah pembayaran yang berikut: kad kredit/debit (Menerusi kaedah pembayaran PAYEER), Perfect money, Bitcoins dan Payeer. Untuk Bitcoins, tempat terbaik untuk membelinya dan memiliki dompet yang selamat adalah di www.localbitcoins.com. Hanya pilih kawasan anda dan beli/jual bitcoin anda dalam masa 10 minit dengan menggunakan kad bank anda.

    HOW TO BUY BITCONS?

    Kami di QuarterCore berusaha sedaya upaya kami untuk memudahkan proses ini, jadi apabila anda ingin membeli Bitcoin, kami mempunyai beberapa laman kegemaran. Sebagai contoh, untuk pemula https://www.youtube.com/watch?v=dVDa2xjh3zU adalah cara termudah untuk mendapatkan dompet Bitcoin dan kemudiannya membeli dan menjual Bitcoin.

    Langkah 1. Daftarkan akaun dengan LocalBitcoins. Anda akan mendapat satu dompet bitcoin dalam talian yang selamat dan percuma. Tiada aplikasi tambahan diperlukan. Jika anda telah mempunyai sebuah akaun, langkau ke langkah seterusnya.

    Langkah 2. Pergi ke halaman utama, dan pada kotak carian, isikan borang dengan amaun yang ingin anda beli dalam mata wang anda, lokasi anda dan pilih kaedah pembayaran. Jika anda tidak pasti bagaimana anda ingin membuat bayaran, pilih ‘Semua tawaran dalam talian’ sebagai kaedah pembayaran anda. Laman ini akan menyenaraikan pedagang bitcoin yang boleh didapati di kawasan anda.

    Langkah 3. Daripada senarai tawaran, pilih satu tawaran daripada pedagang yang mempunyai mata reputasi yang baik dan amaun dagangan yang tinggi. Penunjuk dalam talian menunjukkan sama ada pedagang tersebut berada dalam talian sekarang (hijau), tidak aktif (kuning) atau di luar talian (kelabu). Anda boleh klik pada butang ‘Beli” untuk melihat maklumat lanjut tentang sesebuah tawaran.

    Langkah 4. Setelah anda menekan butang ‘Beli”, anda akan melihat lebih banyak maklumat mengenai tawaran tersebut, termasuklah syarat-syarat perdagangan. Baca dengan teliti sebelum anda mengemukakan permintaan perdagangan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat tersebut, anda boleh kembali ke halaman sebelumnya dan memilih tawaran yang lain. Untuk memulakan perdagangan, taipkan di dalam kotak biru jumlah yang ingin anda beli, masukkan mesej kepada penjual dan klik butang Hantar permintaan perdagangan untuk memulakan perdagangan. Pastikan anda bersedia untuk membuat pembayaran sewaktu mengklik butang tersebut. Jika anda tidak membayar sebelum tempoh waktu pembayaran tamat, perdagangan ini akan dibatalkan secara automatik.

    Langkah 5. Setelah anda membuat bayaran, klik pada butang tandakan bayaran lengkap. Setelah pedagang mengesahkan bahawa bayaran anda telah diterima, Bitcoin anda akan dibebaskan dari escrow dan mereka akan tersedia di dalam dompet LocalBitcoin anda dengan segera.
     
    Itu sahaja! Tahniah atas perdagangan Bitcoin anda yang pertama!

    Bolehkah saya mengeluarkan dana ke dalam VISA/MASTERCARD saya?

    Ya, anda boleh. Namun, anda tidak boleh melakukannya secara terus daripada sistem kami. Untuk mengeluarkan dana ke dalam VISA/MASTERCARD, anda perlu menghantar pendapatan anda kepada Payeer dan barulah anda memindahkannya ke kad bank anda. Ia biasanya mengambil masa 2-5 hari untuk wang anda masuk ke dalam kad bank anda.

    Bilakah saya mendapat bayaran balik saya?

    QuarterCore menyediakan bayaran balik harian kepada semua pelabur! Hari perlombongan biasanya bermula pada jam 00:00 UTC dant tamat pada jam 23:59:59 UTC. Jika anda baru saja membeli kontrak pada waktu mula dan anda hanya melombong sebanyak

    Bagaimana saya boleh mendapatkan bayar balik?

    Bagi membolehkan anda mendapat bayaran balik, pergi ke “Log Masuk”, pilih “Keluarkan Dana”. Sila pastikan anda tambahkan alamat bayaran balik anda dalam tetapan dompet (sila lihat di bawah).

    Bagaimana saya boleh menetapkan alamat bayar balik?

    Setelah anda log masuk ke dalam “Profil Saya”, cari “Kaedah Bayaran” dan tambahkan ia. Kemudian, di dalam kotak di bawah, anda perlu memasukkan nombor dompet anda. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya perlu melakukan proses ini sekali sahaja. Di sini, anda boleh menetapkan alamat bayaran balik untuk setiap jenis mata wang. Pautan ringkas di dalamnya akan membantu anda mencari dompet yang sesuai untuk pengeluaran koin anda.

    Bagaimana saya boleh menjadi Wakil Serantau?

    Anda hanya perlu log masuk ke dalam laman web kami dan isikan borang. Dapatkan butiran pendaftaran dan mulakan pengiklanan anda. Anda akan menemui kesemua bahan pemasaran yang anda perlukan seperti sepanduk dan pautan rujukan di dalam kabinet gabungan!